Tuesday, 26 November 2013

KEBAIKAN LULUR KOPI

KEBAIKAN LULUR KOPI

 

Lulur kopi memiliki antioksidan yang tinggi, mampu melawan radikal bebas. Hal ini kerana bahan kimia utama yang terdapat dalam kopi iaitu kafein merupakan agen antioksidan. Ia mampu menangani radikal bebas yang
merosakkan lapisan luar kulit.

Dengan ini, secara tidak langsung ia mampu membantu dalam merawat kesan penuaan dan kedutan pada kulit. Lulur kopi juga dapat mencegah berlakunya penuaan pramatang pada kulit apabila lulur yang mengandungi antioksidan ini meresap ke dalam kulit.

Rawatan ini elok diamalkan oleh wanita MIDI yang mementingkan penjagaan kulit agar dapat mengembalikan kesegaran kulit.

Selain itu, lulur kopi yang dicampurkan dengan garam ini mampu mengelupas kulit secara lembut. Ini membantu membersihkan kulit daripada kotoran dan sel kulit mati seterusnya menyegarkan kulit anda. Apabila kulit dilulur dengan baik, ia mampu membantu kulit menyerap lembapan dengan lebih baik.

Lulur kopi juga sangat baik dalam membantu perjalanan darah. Kafein yang terkandung dalam kopi ini dapat meningkatkan perjalanan darah dan mengurangkan kehadiran selulit serta melepaskan toksin keluar dari tubuh.

Akhirnya, lulur kopi mampu memberi ketenangan kepada sesiapa yang mengenakannya ke atas kulit dan menjadi aromaterapi menambah keistimewaan lulur kopi ini.